Posts

Showing posts from March, 2017

MENTORING KIT

Untuk menjalankan aktiviti mentoring, adik-adik khususnya memerlukan beberapa alatan keperluan bagi mereka melakukan aktiviti. Barang-barang ini khas buat mereka. Kami sangat mengalu-alukan jika ada pihak yang ingin menyumbang salah satu keperluan yang kami senaraikan di bawah: Set Alat Mandi: 1. Sabun Botol 2. Syampu 3. Ubat gigi 4. Berus gigi Set Alat Tulis: 1. Pensil 2. Pembaris 3. Pemadam 4. Pengorek 5. Bekas alat tulis 6. Magic pen 7. Buku nota Lain-Lain: 1. Kain pelikat 2. Stokin 3. Stokin tangan 4. Name tag & lanyard 5. Baju program Jika ada pihak yang boleh menyumbang salah satu keperluan di atas, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi nombor yang tertera. Ain Nasuha: 018-9704140 Firdaus Asyraf: 013-9019953 Bantu Kami Untuk Bantu Mereka.

Bronze Training AKHI 2017

Image
Training kali ini memfokuskan kepada ukhwah atau tali persahabatan antara kesemua yang hadir. Alhamdulilah penyertaan kali ini sangat memberangsangkan. Semuanya hebat-hebat. Ini baru permulaan. Garisan penamat itu masih samar jauh kehadapan. Kamu boleh pergi seorang diri tapi boleh jadi kamu leka lalu besar kemungkinan akan sesat. Dan bila sesat, antara yang kamu boleh harapkan adalah ada orang yang akan menunjukkan dan memperingatkan jalan yang benar. Dan jika bersama, setiap itu selalunya pasti melengkapi sepanjang perjalanan ini inshaAllah. Saat meletakkan diri dalam keadaan begini, ini menandakan anda semua sedia untuk berbakti. Bersedia lalu cuma tinggal untuk melaksanakan sahaja secara berterusan dan sabar. Bersedia berkorban masa dan tenaga untuk sesuatu yang bermakna. Kata Hamka “Rasul itu sendiri dalam menyiarkan cita-cita dan pengajarannya, telah menguburkan segenap kesenangan dirinya untuk kebahagian orang lain. Untuk masyarakat seluruhnya” (Lembaga Hidup p229) ...

AKHI GET TOGETHER SESSION 2017

Image
AKHI Club IIUM telah mengadakan mass gathering yang bertemakan "Make a Good First Impression" pada 6 Mac 2017. Program ini diadakan untuk memberi penjelasan lebih lanjut mengenai kelab ini. Seterusnya memperkenalkan barisan kepimpinan AKHI Club IIUM serta membentangkan program- program yang akan diadakan sepanjang tahun ini. "Towards the Excellence of Islamic Generation"

Recruitment AKHI 2017

Image
Recruitment AKHI 2017 Penulis: Muhammad Nor Wazien bin Norrashid    Satu-satu pergerakan pembangunan kolektif tidak boleh tidak berkehendakan sebilangan individu pendalang yang jiwa dan mindanya terpasak kefahaman untuk dahulukan mereka yang sejagat daripada diri yang sendiri. Lapangan fikirannya diperjelas lagi diyakini tujuan-tujuan padu yang memacu gerak hati berzahirkan tindakan. Dalam karya hebat cetusan ilham dan penghayatan Prof. Dr. Hamka bertajuk ‘Peribadi’ ditulisnya, “..timbullah dengan jelas beberapa orang yang berjalan di hadapan sekali, yang harganya seperti orang seorang kadang-kadang lebih daripada bermillion orang.” Malu lagi malas kita untuk paling tidak sekejap letakkan status sebegini ke atas diri, sebab ini tentang perwatakan unggul lagi bersugguh dalam perjuangan membangunkan generasi, kan agak janggal, siapa sangat lah kita. Betul, situasi tenang tanpa daya tolak menatijahkan tidak ada apa yang tertolak. Tapi insyaAllah ramai an...