Alhamdulillah, Training of Trainers (ToT) pada
kali ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini berlangsung
selama 3 hari bermula pada hari Rabu (29 Januari) sehingga Jumaat (31 Januari) bertempat di Bagan Lalang,Sepang. Tahniah kepada semua yang telah mengorbankan sedikit
masa cuti semester untuk menjayakan program ini. Semoga Allah meredhai
pengorbanan kalian.
Training of Trainers merupakan program pertama AKHI
pada setiap tahun dan pesertanya terdiri daripada barisan pimpinan baru AKHI
(trainer) untuk sesi 2013/2014.
|
Pembentangan oleh Presiden AKHI |
|
Peserta berkongsi pendapat dalam forum "Integrity as a foundation of Glory" |
Hari pertama serta aktiviti pertama dimulakan dengan sesi pembikinan video barisan pimpinan baru AKHI di Pantai Bagan Lalang. Setelah itu,aktiviti disambung dengan pembentangan/motivasi oleh saudara Presiden AKHI, Muhammad Hadi sebelum disambung dengan sesi taklimat tentang Balance Scorecard, Key Performance Index (KPI) dan Almanac oleh saudari Naib Presiden 2 AKHI, Sarah Nabilah. Kemudian,aktiviti diteruskan lagi dengan pembahagian kumpulan para peserta oleh Naib Presiden AKHI 1, Shahrul Affandi untuk aktiviti bagi mengeratkan ukhwah sesama peserta. Pada malam hari pula, diadakan forum yang bertajuk “Integrity as a foundation of Glory” yang bertujuan untuk para peserta berkongsi latar belakng dan pengalaman mereka serta harapan mereka sebagai pemimpin baru AKHI.
|
Brainstorm Balance Scorecard |
Sepanjang
berada di Bagan Lalang, program disambung dengan brainstorm balance scorecard,
beberapa lagi modul Group Dynamic, perbincangan tentang Almanac 2014 dan
lain-lain sehingga selesai program
|
Para pesrta menyampaikan pidato dan tazkirah masing-masing |
Apa yang menariknya tentang ToT kali ini,
setiap trainer AKHI diberikan masa selama 4 minit setiap seorang untuk memberikan
pidato/tazkirah sepanjang program. Selain itu,turut juga diadakan aktiviti
“Communicate Better” yang bertujuan untuk melatih para peserta dalam
mengutarakan pendapat dan berpegang kepada pendirian mereka terhadap sesuatu
perkara.Perkara ini amat membantu para trainer AKHI dalam mengasah bakat
berpidato dan sekaligus membantu menambah keyakinan para peserta untuk bercakap
di khalayak ramai. Alhamdulillah, semua trainer AKHI berjaya memberikan pidato
mereka dengan penuh bersemangat !
|
Kenangan terakhir 'Training of Trainers' sebelum pulang ke UIA |
Semoga dengan selesainya program ini, AKHI
akan sentiasa ke hadapan. Semoga apa yang dirancang dapat dijayakan dengan
bantuan mentor-mentor baru AKHI yang akan dilantik tidak lama lagi :)
Disediakan oleh,
Unit Multimedia,
AKHI 2013/2014
Comments
Post a Comment