Posts

Showing posts from August, 2011

Di Sebalik RAMADHAN

Image
Bulan Ramadhan sering kali dinanti-nanti oleh umat Islam. Seperti diketahui umum pada bulan ini Allah swt menggandakan ganjaran kepada hamba-hambaNya yang melakukan amal kebaikan. Namun amal kebaikan ini seringkali dikaitkan dengan hanya amalan seperti solat, membaca al-quran, dan sebagainya yang berbentuk kerohanian ( ruhiyyah ). Sedangkan amalan kebaikan itu luas skopnya. Pada zaman kini kita seringkali dihidangkan dengan kisah-kisah nabi dan sahabat yang bertemakan solat dan puasa, seolah-olah kehidupan para sahabat pada bulan Ramadhan hanyalah dipenuhi dengan aktivit solat dan puasa sahaja. Namun, jika kita menyingkap kembali sejarah Islam, terdapat banyak peristiwa yang berlaku pada bulan yang mulia ini yang mana pengajarannya bukan sahaja boleh kita peroleh dari segi kerohanian, malah juga dari segi politik ( siasiyyah ), iaitu perjuangan nabi dan sahabat dalam menjadikan Islam sebagai satu cara hidup bagi setiap individu, masyarakat dan negara. Perang Badar - Perang pertam...