Melentur buluh tentulah dari rebungnya. Bertolak daripada kesedaran itu, mahasiswa-mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menganjurkan program Children Mentoring Project (CHAMP). Projek besar ini diterajui oleh ahli-ahli Kelab Anak-anak Berakhlak Islam (AKHI) bersama-sama anggota Kelab Gemilang, Kelab Semaian Budi (Sendi), dan Kelab Titian Wahyu. Semua kelab ini berada di bawah naungan Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (CENSERVE), UIAM. Projek CHAMP berusaha mendidik para peserta yang terdiri daripada kanak-kanak untuk menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak yang menyertai program ini terdiri daripada golongan yang mendapat bantuan zakat (asnaf) dan baitulmal. Peserta dan penganjur diakrabkan melalui peranan sebagai mentor dan mentee. Sembilan buah sekolah ikut serta dalam program ini iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, Sekolah Kebangsaan Setapak Indah, Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Sekolah Kebangsaan Batu Muda, Sekolah...
Comments
Post a Comment